Penamatan rangkaian 3G adalah sebahagian daripada inisiatif yang sedang diusahakan oleh semua syarikat telekomunikasi di Malaysia di bawah pelan JENDELA, untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi kesalinghubungan yang berkualiti. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti spektrum untuk menyokong trafik yang lebih tinggi bagi rangkaian 4G, justeru menghasilkan prestasi dan kualiti pengalaman yang lebih baik kepada semua pengguna 4G. Ini akan membolehkan syarikat telekomunikasi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk mendapat kesalinghubugan yang berkualiti.