Penamatan rangkaian 3G membolehkan syarikat telekomunikasi mengguna pakai semula spektrum daripada 3G ke 4G yang mampu meningkatkan kelajuan rangkaian 4G, sejajar dengan aspirasi JENDELA negara yang menyasarkan purata kelajuan hingga 35Mbps untuk pengguna. Inisiatif ini akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi pengguna peranti mudah alih dengan pengalaman yang lebih baik dalam melayari internet, penstriman video, gaming serta penggunaan perkhidmatan dalam talian yang lain. Pengguna boleh melihat beberapa penambahbaikan seperti:

  • Kelajuan data yang lebih tinggi

  • Latensi yang rendah

  • Kebolehpercayaan dan kestabilan rangkaian yang lebih baik