Digi komited dalam memastikan kelancaran peralihan bagi pelanggan dengan sentiasa menyalurkan informasi terkini. Kami akan memberikan notis awal kepada pelanggan melalui SMS, e-mel, laman sesawang dan platform Digi yang lain. Maklumat mengenai tawaran peranti 4G yang berpatutan akan sentiasa dikemas kini bagi membantu pelanggan menaik taraf ke peranti yang menyokong 4G dan VoLTE. Untuk maklumat lanjut, layari halaman JENDELA Digi atau laman sesawang JENDELA Kerajaan.