Di bawah pelan JENDELA, industri sedang berusaha untuk menyediakan rangkaian 4G yang lebih berkualiti di seluruh negara dan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai akses internet yang lebih konsisten. Digi akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta rakan industri lain untuk memantau peralihan yang berlaku dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh negara.