Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi pembelian peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi.

 

1. Bolehkah saya memindahkan tawaran program Jaringan Prihatin ke individu yang lain?

Tidak. Rebat Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.


2. Bolehkan saya menukar rebat Jaringan Prihatin kepada wang tunai?

Tidak, anda tidak boleh menukar rebat kepada wang tunai.


3. Bolehkah saya memindahkan subsidi Jaringan Prihatin dari satu nombor ke nombor lain jika saya mempunyai lebih daripada 1 nombor telefon bimbit dengan Digi?

Tidak, subsidi Jaringan Prihatin anda terikat dengan 1 nombor telefon bimbit dan 1 MyKad individu ketika anda mendaftar untuk program Jaringan Prihatin.


4. Apabila saya mendaftar, apakah yang akan berlaku kepada data peribadi saya?

Semua data peribadi yang disediakan untuk program Jaringan Prihatin adalah milik Kerajaan Malaysia dan akan digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.