1. Apa yang anda akan dapat dengan Pakej Peranti Keluarga Malaysia?

Memperoleh peranti 4G berkemampuan VoLTE secara percuma bersama pelan Digi Postpaid 40 dengan tempoh kontrak 24 bulan. Pelan ini lengkap dengan kuota Internet pantas 10GB dan panggilan tanpa had setiap bulan. 


Tawaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mendaftar talian baharu, melengkapi pendaftaran port-in, menukar pelan dari Prepaid ke Postpaid atau menukar pelan Digi Postpaid yang sedang dilanggani.


Anda boleh mendaftar di Digi Store Online atau di mana-mana Digi Store, Digi Store Express dan Pengedar Digi Postpaid berdekatan dengan anda. Tarikh pendaftaran sah sehingga 31 Oktober 2022.



2. Sekiranya anda menamatkan kontrak sebelum kontrak lengkap?

Sekiranya anda menamatkan kontrak Pakej Peranti Keluarga Malaysia anda sebelum tarikh penamatan kontrak, anda akan dikenakan caj penalti RM300.