[RESOLVED]


*Terkini setakat 7.00PM, 6 Nov 2021


Jika anda mengalami masalah sambungan Internet sejak 26 Oktober 2021, anda mungkin perlu memulakan semula telefon/peranti anda untuk menyambung semula ke rangkaian Digi. Sila mulakan semula telefon/peranti anda, dan cuba akses Internet sekali lagi. 

 

Untuk sesetengah telefon/peranti, anda juga boleh melakukan ini dengan menghidupkan "mod penerbangan" untuk memutuskan sambungan daripada rangkaian Digi, tunggu selama 5 saat, dan kemudian mematikan "mod penerbangan" untuk menyambung semula ke rangkaian Digi. 

 

Digi telah secara berperingkat-peringkat menyelesaikan isu pengalaman capaian internet yang tidak stabil untuk pelanggan yang terjejas dalam tempoh 24 jam yang lalu, dan telah melancarkan pembetulan untuk majoriti pelanggan sejak jam 7 pagi, 28 Oktober 2021. Usaha sedang dijalankan sepanjang hari ini untuk memastikan semua pelanggan akan mendapat pengalaman capaian Internet yang stabil. Kami ingin memohon maaf sekali lagi atas kesulitan ini.