1. Apa itu #MYBaikHati?

#MYBaikHati adalah kempen pengumpulan peranti daripada orang ramai (crowdsourcing) yang diterajui bersama oleh sektor telekomunikasi untuk menyediakan alat pembelajaran digital bagi pelajar-pelajar sekolah daripada keluarga B40/ berpendapatan rendah bagi memenuhi keperluan pembelajaran digital mereka. -Kempen ini mengumpul peranti terpakai seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba daripada orang ramai untuk diguna semula oleh pelajar daripada isi rumah B40.


Kempen ini merupakan satu inisiatif tambahan di samping inisiatif kerajaan - Tabung Cerdik sedia ada, yang melibatkan 13 buah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang telah menyumbang RM150juta secara kolektif bagi pembiayaan komputer riba dan sambungan data kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah.


 

2. Apakah syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam kempen ini?

Semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan TIME dotCom akan menjalankan kempen pengumpulan peranti terpakai atau crowdsourcing - ini di pusat jualan terpilih masing-masing atau menerusi saluran lain. Kempen ini akan dimulakan sebagai inisiatif perintis di Lembah Klang dan akan diperluaskan secara progresif untuk meliputi negeri-negeri lain. Kempen ini dijalankan secara kolaborasi bersama industri dan disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 


3. Mengapa kempen ini diperkenalkan dan siapa yang akan mendapat manfaat daripadanya?

Kempen ini diperkenalkan bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, untuk memberi peluang kepada mereka - menyesuaikan diri dengan norma baharu pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah. Penerima manfaat kempen ini adalah pelajar daripada isi rumah B40 yang terletak di sekitar kawasan Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih Digi.


Kempen ini juga selari dengan agenda pendidikan nasional jangka masa panjang untuk menyediakan pembelajaran digital di Malaysia. Pada tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan platform Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa) untuk membantu pelajar dan guru menguasai pembelajaran digital. Krisis Covid-19 secara tidak langung telah memaksa peralihan ke pengajaran dan pembelajaran dalam talian, dan harapan kami menerusi kempen ini adalah untuk mewujudkan akses digital yang lebih baik kepada pelajar-pelajar daripada kalangan B40.



4. Bagaimanakah kempen pengumpulan peranti terpakai/ crowdsourcing dilakukan?

Sebagai permulaan, Digi akan mengumpulkan peranti terpakai daripada warga kerjanya dan kemudian membuka saluran pengumpulan kepada pelanggan Digi serta masyarakat umum. Orang ramai digalakkan untuk menderma peranti yang masih berfungsi tetapi tidak lagi digunakan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan peranti digital untuk kegunaan pembelajaran dalam talian.


Proses atau kaedah menderma peranti terpakai boleh dirujuk di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati. Oleh sebab, fasa perintis akan bermula di Lembah Klang, penderma di kawasan ini mempunyai dua pilihan untuk menderma peranti terpakai mereka: Proses atau kaedah menderma peranti terpakai boleh dirujuk di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati. Oleh sebab, fasa perintis akan bermula di Lembah Klang, penderma di kawasan ini mempunyai dua pilihan untuk menderma peranti terpakai mereka:

  1. Memohon khidmat pengambilan oleh rakan logistik Digi dari lokasi penderma (seperti dari rumah). Penderma perlu mendaftar dan mengemukakan hasrat mereka untuk menderma melalui borang dalam talian yang boleh didapati di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati. Setelah mendaftar, syarikat logistik akan menghubungi penderma untuk mengesahkan tarikh dan masa pengambilan; ATAU;
  2. Menyerahkan peranti di tempat pengumpulan Digi yang terpilih - Digi Store Klang atau Digi Store Cheras.

 


5. Bilakah kempen ini akan bermula?

Kempen ini akan bermula pada 15 Mac 2021. Fasa 1 atau fasa rintis pengumpulan akan bertumpu di Lembah Klang dan akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain secara berperingkat.



6. Bilakah kempen ini akan diperluaskan ke kawasan lain?

Fasa rintis akan bermula di Lembah Klang dan akan diperluaskan secara berperingkt ke kawasan-kawasan lain kemudiannya pada tahun ini. Maklumat berkenaan fasa berikutnya akan dikemas kini di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati.

 


7. Berapa lamakah kempen ini akan diadakan?

Digi menyasarkan pengumpulan sebanyak 1,200 peranti untuk diperbaharui dan diedarkan dalam masa 12 bulan bermula daripada 15 Mac 2021.

 


8. Apakah terma dan syarat yang dikenakan kepada penderma?

Semua penderma dikehendaki bersetuju dengan Terma dan Syarat termasuklah Notis Privasi Digi, yang boleh didapati di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati.

 

9. Mengapakah maklumat peribadi saya diperlukan?

Maklumat anda diperlukan untuk memudahkan urusan pengambilan serta sebagai tanda persetujuan penderma untuk tidak meletakkan sebarang tanggungjawab terhadap Digi setelah penyerahan peranti dilakukan. Semua maklumat penderma dilindungi oleh Notis Privasi Digi seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat.

 


10. Peranti apakah yang boleh diderma?

Peranti yang boleh diderma mestilah berfungsi tanpa kerosakan besar (seperti kerosakan skrin atau papan induk/motherboard). Peranti yang mempunyai masalah kecil (seperti papan kekunci tidak berfungsi, bateri tidak berfungsi dan sebagainya) masih boleh diterima. Digi akan mengumpulkan peranti pintar terpakai (telefon pintar, tablet) yang menyokong 4G/LTE dan juga komputer riba serta chromebook yang menyokong Windows 8 ke atas. Kami menggalakkan penderma untuk turut menderma pengecas (jika ada) bersama peranti.


Peranti yang TIDAK diterima termasuklah komputer meja (desktop), telefon bimbit (bukan telefon pintar), telefon pintar 3G dan peranti atau aksesori elektronik lain (seperti pemain mp3, konsol permainan, tetikus, papan kekunci, dll).

 


11. Mengapakah anda tidak mengumpul telefon 3G?

Ia telah diumumkan bahawa Malaysia menyasar untuk menamatkan rangkaian 3G pada akhir tahun 2021 bagi meningkatkan jaringan 4G/LTE, yang akan berfungsi sebagai asas dalam penggunaan 5G. Oleh itu, kami hanya akan mengumpulkan telefon bimbit yang menyokong 4G/LTE dan VoLTE. Anda boleh memeriksa sama ada peranti anda menyokong 4G/LTE atau VoLTE di halaman Digi VoLTE atau di laman web lain.

 


12. Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada komputer riba saya sesuai untuk didermakan?

Mohon mendermakan komputer riba yang - dilengkapi dengan sistem pengendalian komputer Windows 8 dan ke atas. Versi lama tidak sesuai untuk menjalani pembaharuan kerana Microsoft telah menamatkan sokongan utama mereka terhadap sistem pengendalian Windows 8 atau versi yang lebih lama. Anda boleh menyemak versi sistem pengendalian anda berpandukan arahan ini.

 


13. Apakah yang akan berlaku pada peranti selepas saya mendermanya?

Setelah menderma, penderma akan diminta memberikan persetujuan kepada Digi untuk menilai sama ada boleh melakukan pembaharuan terhadap peranti tersebut. Selepas penilaian dilakukan, semua peranti yang memenuhi syarat akan menjalani proses penghapusan data atau factory reset untuk tujuan privasi data dan kemudian pembaharuan yang bersesuaian akan dilakukan sebelum persiapan untuk pengedaran. Peranti yang diperbaharui tidak akan dilengkapi dengan sebarang perisian atau sambungan internet.


Peranti yang tidak memenuhi syarat pembaharuan akan disalurkan ke program e-waste (sisa elektronik dan elektrik) untuk memastikan pelupusan yang bertanggungjawab. Digi akan menanggung semua kos yang berkaitan dengan pengumpulan, pembaharuan dan pengedaran semula peranti.

 


14. Bagaimana jika peranti tidak dapat diperbaharui?

Setelah menderma peranti terpakai, penderma akan diminta memberikan persetujuan kepada Digi untuk menilai sama ada ia sesuai untuk diperbaharui. Setelah dinilai, semua peranti yang tidak memenuhi syarat akan disalurkan ke program e-waste (sisa elektronik dan elektrik) untuk memastikan pelupusan yang bertanggungjawab.


 

15. Bagaimanakah pemilihan Pusat Internet Komuniti (PIK) dilakukan?

Digi akan memilih Pusat Internet Kommuniti (PIK) yang terdapat keutamaan berdasarkan keperluan komuniti, dengan kerjasama pemimpin masyarakat tempatan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



16. Berapa lamakah proses ini sehingga pengedaran - dimulakan?

Pengumpulan peranti fasa pertama akan berlangsung dari 15 Mac hingga 30 Jun. Oleh itu, kumpulan pertama pembaharuan dan pengedaran dijangka akan dilaksanakan pada suku ketiga 2021.



17. Saya seorang pelajar yang tidak mampu membeli sebuah peranti. Bolehkah saya memohon untuk menerima peranti terpakai ini?

Peranti yang diperbaharui akan diedarkan secara pinjaman di Pusat Internet Kommuniti (PIK) terpilih dan keutamaan akan diberikan kepada komuniti di sekitar kawasan pusat internet tersebut. Kelayakan penerima akan disahkan berdasarkan senarai B40 yang disediakan oleh kerajaan.



18. Bagaimanakah saya boleh mengetahui atau menyemak sama ada saya tersenarai dalam senarai penerima B40?

Anda boleh mengunjungi Pusat Internet Komuniti (PIK) Digi untuk menyemak dan mengesahkan kelayakan anda dengan kakitangan di pusat tersebut.