Baki Kuota boleh disemak dengan menggunakan aplikasi MyDigi, MyDigi Web atau melalui UMB.


Apabila internet mudah alih anda sedang digunakan, 100MB data anda dikhaskan secara automatik untuk memastikan pengalaman internet yang lancar.

 

Ini memastikan anda menikmati pengalaman internet mudah alih tanpa gangguan.


Kuota anda sentiasa ada di akaun anda dan ditolak mengikut penggunaan sahaja. Anda akan dapat melihat jumlah data apabila ia digunakan sepenuhnya.


Sebagai alternatif, anda sentiasa boleh menyemak baki kuota anda termasuk data tersimpan, pada bila-bila masa menggunakan kaedah berikut.


Untuk Kaedah Aplikasi MyDigi menggunakan WIFI:

  1. Hidupkan mod penerbangan
  2. Hidupkan WIFI
  3. Semak baki kuota di aplikasi MyDigi (dalam penggunaan)


Untuk Kaedah MyDigi Web:

  1. Hidupkan mod penerbangan di peranti anda
  2. Log masuk ke MyDigi web dari desktop/komputer riba anda untuk menyemak baki anda (sila pastikan desktop/komputer riba anda disambungkan ke Internet tanpa menggunakan hotspot peranti anda)


Untuk Kaedah UMB:

  1. Hidupkan mod penerbangan
  2. Matikan mod penerbangan
  3. Matikan data mudah alih
  4. Segera semak baki melalui *200*1*1#