Perhatian: Peranti Apple anda boleh menggunakan VoLTE. Aktifkan VoLTE sekarang dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah! 


Aktifkan VoLTE di peranti Apple anda sekarang untuk mengelakkan panggilan berkualiti rendah dan gangguan data. Sila rujuk tetapan peranti Apple anda dan aktifkan VoLTE segera untuk menikmati panggilan berkualiti tinggi di rangkaian Digi 4G. 


Langkah 1: Tekan ‘Seting’ dan pilih ‘Selular’.



Langkah 2: Tekan ‘Pilihan Data Selular’.



Langkah 3: Pilih ‘Suara & Data’. 



Langkah 4: Aktifkan ‘VoLTE’.



Langkah 5: Mulakan semula telefon anda untuk lengkapkan proses pengaktifan Volte.

Nota: Visual-visual di atas adalah berdasarkan versi OS terkini yang tersedia pada masa penyiaran.



Soalan-soalan Lazim:


1. Mengapa saya perlu mengaktifkan VoLTE? 

Apabila VoLTE diaktifkan, peranti anda akan menikmati panggilan yang lebih berkualiti berbanding rangkaian biasa. VoLTE juga tidak mengganggu data mudah alih anda semasa anda sedang membuat panggilan suara. 


2. Adakah saya akan dikenakan bayaran jika saya mengaktifkan VoLTE pada peranti saya?

Tidak. VoLTE adalah percuma untuk semua peranti. 


3. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mengaktifkan VoLTE?

Jika VoLTE tidak diaktifkan, pengguna akan mengalami gangguan dan kualiti audio yang lemah kerana panggilan akan dikendalikan pada rangkaian 2G.


4. Mengapa saya tidak dapat mencari Tetapan (‘Settings’) VoLTE pada peranti saya?

Langkah-langkah di atas adalah untuk pengguna iOS (iPhone). Jika anda menggunakan perisian lain (Android), sila pergi ke laman utama dan cari peranti anda di bawah Tetapan VoLTE.


5. Saya ialah pengguna peranti Apple, mengapa saya masih tidak dapat menghidupkan VoLTE pada peranti saya? 

Untuk makluman anda, VoLTE hanya boleh diakses untuk model iPhone 6 dan ke atas. 

6. Saya masih tidak dapat mengaktifkan VoLTE pada telefon saya, apakah yang perlu saya lakukan?

Sila semak sama ada peranti anda serasi dengan VoLTE di sini.


Untuk maklumat lanjut mengenai VoLTE, sila ke laman utama kami di sini.