1. Siapa yang layak untuk menyertai pertandingan Colouring Malaysiaku?

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 6 – 12 tahun, dengan Ibubapa/Penjaga yang merupakan pelanggan Digi.

    


2. Siapa yang boleh memasukkan penyertaan pertandingan Colouring Malaysiaku?

Ibubapa/Penjaga kepada peserta yang merupakan pelanggan Digi, berumur 18 tahun dan ke atas.

 

   

3. Berapakah jumlah penyertaan yang dibenarkan?

Satu penyertaan untuk setiap peserta (Anak) tetapi Ibubapa/Penjaga dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan dengan setiap nombor telefon.

    


4. Apakah unsur-unsur yang tidak dibenarkan dalam lukisan penyertaan?

Peserta boleh menggunakan pelbagai cara mewarna dan menerokai daya kreativiti secara sepenuhnya, sama ada dalam lukisan atau pewarnaan; seperti pensel warna, krayon, cat air atau cat poster, misalnya. Kami juga menggalakkan para peserta untuk mencetak templat lukisan yang telah disediakan di atas kertas A4.

    


5. Bolehkah saya menghantar lukisan yang diwarnakan secara digital?

Ya, kami juga menerima lukisan digital.



6. Bagaimanakah lukisan penyertaan saya akan dinilai?

Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan tiga kriteria iaitu daya kreativiti (50%), daya usaha (30%) dan segi estetik (20%).

 

   

7. Bolehkah saya kongsikan penyertaan saya melalui media sosial?

Penyertaan rasmi mesti dihantar melalui laman web rasmi pertandingan ini. Anda boleh kongsikan pautan yang disediakan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan undian mereka. Penyertaan dengan undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang!

 

   

8. Bagaimanakah saya tahu penyertaan saya telah diterima?

Anda akan menerima notifikasi pengesahan di laman web pertandingan yang menyatakan penyertaan anda telah diterima, dan anda juga akan menerima pautan lukisan tersebut untuk dikongsikan di media sosial bagi proses undian.



9. Apakah format lukisan untuk dimuat naik, dan apakah saiz maksimum lukisan tersebut?

Semua penyertaan hendaklah dihantar dalam format PNG, JPEG, atau JPG SAHAJA. Sebaiknya, saiz gambar yang dimuat naik hendaklah bersaiz 200kb. 



10. Bilakah pemenang pertandingan ini akan diumumkan?

Para pemenang akan diumumkan sebelum 17 Oktober 2022, melalui laman Facebook dan Twitter rasmi Digi. Ikuti kami dan nantikan pengumumannya!