1. Apakah Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi? 

Sempena pertandingan nyanyian Gegar Vaganza Season 9 yang akan disiarkan di Astro Ria, Digi akan menganjurkan peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi untuk memberi tiket konsert Gegar Vaganza Season 9 secara percuma. Pengumuman akan dibuat di akaun Twitter (@digitelco) dan Facebook (@digi) kami secara mingguan pada setiap hari Isnin. 


 

2. Apakah mekanik Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?  

  1. Nantikan pengumuman peraduan, yang disiarkan setiap hari Isnin dari 12 September hingga 19 November 2022 di akaun media sosial Digi (Facebook dan Twitter). 
  2. Peserta yang layak hendaklah menghantar SMS GVS9 ke 68886 sejurus selepas pengumuman peraduan. 
  3. Peserta dengan penghantaran SMS terpantas akan disenarai pendek dan akan dihubungi pada setiap hari Rabu. Bakal pemenang haruslah mengesahkan kehadiran mereka untuk persembahan langsung di Auditorium Dewan MBSA Shah Alam kepada Digi pada hari Rabu. 
  4. Pemenang yang telah mengesahkan kehadiran mereka akan dikhaskan nama dan dihantar ke Astro untuk disenaraikan dalam senarai tetamu. 


 

3. Apakah hadiah Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?  

Setiap pemenang akan menerima dua tiket untuk persembahan langsung Gegar Vaganza Season 9.


 

4. Apakah tempoh Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?  

Peraduan ini bermula dari 12 September dan tamat pada 19 November 2022. 

 


5. Siapakah yang layak menyertai Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?  

Pengguna Digi yang berumur 18 tahun dan ke atas. 


 

6. Bagaimanakah saya boleh menyertai Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?  

Peserta hanya menghantar SMS GVS9 ke 68886 pada setiap hari Isnin sejurus selepas pengumuman peraduan. 


 

7. Bagaimanakah pemenang Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi akan dipilih?  

Peserta dengan penghantaran SMS terpantas akan disenarai pendek dan akan dihubungi pada setiap hari Rabu. 



8. Bagaimanakah saya boleh menuntut hadiah saya?  

Pemenang yang telah dihubungi oleh pihak Digi pada hari Rabu haruslah mengesahkan kehadiran mereka. Selepas pengesahan, pemenang akan disenaraikan dalam senarai tetamu oleh Astro. 



9. Saya bukan pelanggan Digi, tetapi saya ingin menyertai Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi ini. Apakah yang patut saya buat?  

Peraduan ini eksklusif kepada pengguna Digi sahaja. Akan tetapi, anda boleh mengajak rakan pengguna Digi anda untuk menyertai peraduan ini.