Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Perpaduan) adalah tawaran prabayar khas yang direka untuk rakyat Malaysia yang bertujuan untuk bagi menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan untuk perkhidmatan komunikasi asas yang penting, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos ketersambungan bagi mereka yang memerlukan, dengan tempoh sah laku yang lebih lama (180 hari = 6 bulan). Pakej ini tertakluk kepada Terma dan Syarat oleh setiap Operator Rangkaian Mudah Alih yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications.