Bagi membuktikan pengguna adalah remaja atau pelajar, Pakej Remaja memerlukan pengguna menunjuk bukti (IC atau ID pelajar). Pakej Perpaduan memerlukan bukti yang sama (seperti kad pesara).
Kategori Pengguna | Cara kelayakan |
1. Belia (30 tahun dan ke bawah) 2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas) | Kelayakan adalah secara automatik mengikuti tarikh lahir yang didaftarkan didalam sistem butir-butir pengguna setiap penyedia perkhidmatan. Sila ambil perhatian: Kelayakan adalah mengikut tarikh lahir, bukan tahun lahir. |
3. Pesara Polis dan Tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 4. Orang Kurang Upaya | Pengguna perlu hadir ke Digi Store terdekat dan sila bawa bersama kad-kad pengenalan berikut untuk pengesahan kelayakan: a. Kad Pengenalan – Belia dan Warga Emas b. Kad Pesara – Veteran c. Kad OKU – OKU |
5. Kumpulan Berpendapatan B40 | Pengguna perlu hadir ke Digi Store berdekatan. Semakan kelayakan akan dilakukan secara manual oleh penyelia Digi Store. Sila bawa bersama Kad Pengenalan Malaysia (IC) atau dokumen yang berkaitan untuk tujuan pengesahan. Penyelia Digi Store akan membantu pelanggan untuk pengesahan kelayakan B40 melalui Portal KKD. |