Tertakluk kepada proses langganan yang akan diumumkan kelak oleh setiap operator. Pakej Rahmah terbuka kepada:   

  1. Belia (30 tahun dan ke bawah)  
  2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas)  
  3. Kumpulan Berpendapatan B40
  4. Pesara Polis, Pesara Tentera, Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  5. Orang Kurang Upaya


Nota: Bagi kategori belia dan warga emas, kelayakan adalah secara automatik. manakala bagi kategori lain yang dinyatakan di atas, anda perlu   mengesahkan kelayakan secara manual. Baca artikel ini untuk mengetahui cara mengesahkan kelayakan mengikut kategori.