1. Apakah Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?
Sempena pertandingan nyanyian All Stars Gegar Vaganza yang disiarkan di Astro Ria, 4 pelanggan Digi berpeluang untuk memenangi 2 tiket percuma ke konsert All Stars Gegar Vaganza secara langsung. Pengumuman akan dibuat di akaun Facebook (@digi) kami pada setiap hari Isnin selama 12 minggu.
2. Apakah mekanik Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?
- Nantikan pengumuman peraduan, yang akan disiarkan setiap hari Isnin dari 21 September hingga 4 Disember 2023 di akaun Facebook (@digi).
- Peserta yang layak hendaklah menjawab soalan dengan pantas dan betul sejurus selepas pengumuman peraduan dibuat.
- Peserta yang layak dengan jawapan terpantas dan betul akan disenarai pendek dan dihubungi melalui DM Facebook bersama borang Google untuk meminta butiran peribadi (nama, nombor telefon dan IC) mereka.
- Selepas proses pengesahan, kami akan membalas kepada peserta yang disenarai pendek bahawa mereka telah memenangi dua (2) tiket untuk hadir siaran langsung All Stars Gegar Vaganza.
- Pemenang yang telah mengesahkan kehadiran mereka akan dikhaskan nama mereka dan dihantar ke Astro untuk disenaraikan dalam senarai tetamu.
3. Apakah hadiah Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?
Setiap pemenang akan memenangi dua tiket untuk persembahan langsung All Stars Gegar Vaganza.
4. Apakah tempoh Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?
Peraduan ini bermula dari 21 September dan tamat pada 11 Disember 2023.
5. Siapa yang layak menyertai Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?
Pengguna Digi yang berumur 18 tahun dan ke atas.
6. Bagaimanakah saya boleh menyertai Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi?
Peserta hanya perlu menjawab soalan di pengumuman peraduan dengan pantas dan betul sejurus selepas pengumuman peraduan dibuat.
7. Bagaimanakah pemenang Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi akan dipilih?
Peserta dengan jawapan terpantas dan betul akan disenarai pendek akan dihubungi melalui DM Facebook.
8. Bagaimanakah saya boleh menuntut tiket saya?
Pemenang yang telah lulus proses pengesahan akan dihubungi oleh pihak Digi melalui DM Facebook yang disertakan dengan maklumat tentang masa, tempat dan cara untuk tuntut tiket tersebut.
9. Saya bukan pelanggan Digi, tetapi saya ingin menyertai Peraduan Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi ini. Apa patut saya buat?
Peraduan ini eksklusif kepada pengguna Digi sahaja. Akan tetapi, anda boleh mengajak rakan pengguna Digi anda untuk menyertai peraduan ini.